Tempatan

TERGEMPAR! 2 Buah Rumah Roboh & Hanyut Dilanggar Arus Air Pasang Besar Sabah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 23 Disember 2022 – Dua buah rumah roboh dan hanyut susulan fenomena air pasang besar serta ombak besar di Kampung Tanjung Aru Baru malam tadi.

“Hasil pemeriksaan didapati 11 rumah yang terkesan. Dua daripadanya roboh dan dihanyutkan manakala sembilan yang lain dinaiki air dan dipukul ombak,” menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superitendan Kalsom Idris.

@aidaidid81 #qadaDanQadarAllah ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Jelas beliau, air pasang besar tersebut mula naik sekitar jam 5 petang dan penduduk di kawasan tersebut sudah pun dimaklumkan dan diingatkan oleh pasukannya supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia.

“Atas sebab keselamatan, kita mengarahkan penduduk untuk mengosongkan rumah mereka.”

“Setakat ini, seramai 32 keluarga membabitkan 273 orang dikenal pasti terjejas akibat fenomena ini,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, kejadian itu turut menyebabkan beberapa jambatan di kawasan kampung berkenaan turut rosak akibat dipukul ombak.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan serta pemeriksaan masih dijalankan di lokasi berkenaan oleh pasukan penyelamat.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah pun mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di Sabah bermula 23 hingga 26 Disember ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker