Antarabangsa

Penerima Vaksin Tetap Perlu Pakai Pelitup Muka Elak Dijangkiti COVID-19 – CDC

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

WASHINGTON, 28 Julai 2021 – Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan cadangan baharu melibatkan penggunaan pelitup muka dalam kalangan mereka yang sudah divaksinasi sepenuhnya.

Ia selepas kajian menunjukkan varian Delta lebih cepat menular terhadap penerima vaksin, lapor Astro Awani.

“CDC mengesyorkan penggunaan pelitup muka di tempat tertutup melibatkan guru, petugas pendidikan dan pelajar di sekolah-sekolah,” kata Pengarah pusat itu, Dr Rochelle Walensky.

“Di kawasan yang berisiko dan boleh menular dengan cepat, CDC mencadangkan mereka yang telah menerima suntikan penuh untuk menggunakan pelitup muka di tempat umum, di tempat tertutup bagi mengekang penularan varian Delta dan melindungi orang lain.”

Tambah beliau lagi, ia termasuklah di sekolah.

“CDC mencadangkan semua di sekolah k-12 untuk menggunakan pelitup muka, termasuk guru, petugas, pelajar, pelawat walau apa status vaksinasi sekali pun.”

Di Malaysia pula, pakar Virologi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip pernah menyatakan, penerima vaksin kurang berisiko mendapat gejala teruk kategori tiga, empat dan lima sehingga memerlukan rawatan di hospital atau kematian.

“Maka tidak menghairankan apabila seseorang yang divaksin masih dijangkiti dengan risiko kategori satu dan dua.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: