Tempatan

Sekular & Pluralisme Dalam Dasar Madani, Ketua Pembangkang Tuntut Dasar Jelas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Februari 2023 – Ketua Pembangkang Dato’ Seri Hamzah Zainudin menuntut penjelasan daripada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan dasar sebenar Madani kerana ditakuti ianya selari dengan ucapan Perdana Menteri itu bertajuk ‘Religion and Pluralism in a Divided World’.

Beliau berkongsi ucapan Anwar Ibrahim tersebut ketika sesi Parlimen semalam iaitu, “Muslim must break free from the old practices of cliché-mongering and name calling, move beyond tribal of parochial concerns a rediscovery of the religions inherent grasp of pluralism is very much in need.”

BACA JUGA: Menteri Umum Tiada Kemungkinan Pemansuhan & Penghapusan Hutang PTPTN Untuk B40

BACA JUGA: Lim Kit Siang Dakwa Gelombang ICERD Timbul Kerana Penipuan, Fitnah & Berita Palsu

BACA JUGA: Sudah Tiba Masanya Teks Perlembagaan Menggunakan BM Sebelum Pertembungan Besar Berlaku

Oleh yang demikian, Dato’ Seri Hamzah Zainudin dengan tegas mahu Anwar Ibrahim menjelaskan apakah ucapannya di London School Of Economic beberapa tahun lalu akan menjadi cerminan kepada Malaysia Madani.

Ini kerana dasar Madani yang hendak dibawa oleh Kerajaan perlu jelas supaya tidak timbul sebarang kekeliruan dan kekhilafan yang boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan rakyat terutamanya membabitkan kumpulan ilmuwan dan agamawan, jelas Ahli Parlimen Larut.

Tambah Dato’ Seri Hamzah Zainudin, beliau tidak menolak kemungkinan wujud bau-bauan sekularisme, liberalisme dan pluralisme jika konsep, kerangka serta epistimologi Malaysia Madani banyak mengutip pemikiran Amartya Sen, Pico Mirandola, Ziauddin Sardar dan John Locke.

Justeru, beliau mengingatkan bahawa Malaysia merupakan suatu gagasan yang fundamental dan tiang seri kepada pembinaan sesebuah negara bangsa pula terletak kepada kepimpinan.

“Kalau elok pemimpinnya, insya-Allah eloklah bangsanya, tetapi kalau rosak pemimpin dengan membawa ideologi yang salah dan tidak bertanggungjawab, nauzubillah. Maka musnahlah masa depan anak bangsa dan negara.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: