Tempatan

Tentera Sedia Bantu Banteras Aktiviti Seleweng Minyak Masak Paket

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SARAWAK, 06 Julai 2022 – Panglima 31 Briged Brig. Jen. Abdul Jalal Zaidi Abdul Majid menyatakan bahawa Briged ke-31 Infantri Malaysia bersedia menyumbang tenaga dalam membanteras kegiatan penyelewengan minyak masak paket bersubsidi.

Lapor Malaysian Gazette, ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Ketujuh Briged ke-31 Infantri, beliau menyatakan bahawa beliau hanya menunggu arahan daripada formasi atasan.

“Saya tunggu arahan seterusnya daripada formasi atasan,” tegas beliau.

Tambahnya lagi, pihak beliau tidak hanya terbatas kepada urusan keselamatan negara, bahkan hal ehwal yang melibatkan kepentingan awam turut menjadi antara tugasan yang mereka laksanakan.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor berjaya merampas lebih kurang 13,610 kilogram minyak masak yang juga disyaki telah bercampur dengan minyak masak yang telah digunakan.

Pada 22 Jun lalu, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia, telah mengumumkan bahawa subsidi minyak paket 1 kilogram dikekalkan sebagai sebuah usaha yang dipercayai dapat meringankan bebanan masyarakat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: