Antarabangsa

Hukuman Mati & Penjara 20 Tahun, Uganda Lulus Akta Anti LGBTQ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UGANDA, 30 Mei 2023 – Presiden Uganda, Yoweri Museveni telah meluluskan undang-undang yang dianggap sebagai langkah anti-homoseksual yang paling tegas di dunia oleh golongan-golongan yang menyokong LGBT.

Perkara mengenai kelulusan undang-undang terbaharu Uganda itu telah dinyatakan oleh Speaker Parlimen, Anota Among menerusi sebuah hantaran Twitter pada Isnin lalu.

Menurutnya, “Rakyat Uganda telah bersuara, dan kini ianya adalah tugas kamu untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut dengan adil, berterusan dan tegas”.

BACA JUGA: El Nino Semakin Memburuk Di Malaysia

BACA JUGA: Denggi: KKM Laksana Pelepasan Nyamuk Aedes Wolbachia Seluruh Negara

BACA JUGA: Krisis Gula Berakhir Jun Ini

Hubungan seks sesama jenis sebelum ini memang sudah dihukum sebagai sebuah kesalahan di Uganda, namun undang-undang baharu ini adalah bersifat lebih ketat dan tegas terhadap golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ).

Antara yang terkandung di dalam undang-undang baharu itu adalah hukuman mati yang dikenakan terhadap beberapa kesalahan termasuk melakukan hubungan seks sesama jenis dalam keadaan mempunyai HIV.

Selain itu, Uganda turut memperuntukan undang-undang penjara selama 20 tahun bagi mereka yang disabitkan dengan kesalahan “mempromosikan” seks sesama jenis.

Para penggubal undang-undang tersebut telah berikrar bahawa mereka akan berusaha untuk menentang campur tangan luar bagi melindungi nilai-nilai Uganda daripada masalah moral Barat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: