Antarabangsa

Tentera AS Alami Kemurungan Melampau, Kadar Bunuh Diri Meningkat 40%

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 13 Oktober 2022 – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin pada Mac lalu telah membuat pengumuman mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa bagi tujuan menyelia program-program berkenaan kesihatan mental anggota tentera dan mencegah bunuh diri.

Menurut data Jabatan Pertahanan AS, kes bunuh diri dalam kalangan ahli tentera yang masih berkhidmat telah meningkat kepada lebih 40% di antara 2015 dan 2020. Bahkan pada tahun 2020 saja, peratusan tersebut telah meningkat kepada 15%.

Kawasan yang sering berlaku kes bunuh diri dalam kalangan tentera yang bertugas seperti Alaska pula yang mana anggota dan ahli keluarga mereka terpaksa berhadapan situasi jauh dari penduduk serta iklim yang mencabar, kadar bunuh diri di kawasan tersebut adalah satu kali ganda lebih tinggi.

Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2021 oleh Cost of War Project, sejak tragedi 11 September, jumlah anggota yang masih berkhidmat dan para veteran tentera yang mati disebabkan bunuh diri telah meningkat lebih empat kali ganda jika dibandingkan dengan jumlah kematian ketika pertempuran peperangan.

Kajian tersebut menggariskan perincian berkenaan faktor-faktor tekanan yang disebabkan kehidupan ketenteraan dengan penerangan,

“…pendedahan yang tinggi kepada trauma – mental, fizikal, moral dan seksual – tekanan serta keletiham, pengaruh besar budaya maskulin dalam kalangan tentera, akses berterusan kepada pistol serta kesukaran bagi meneruskan kehidupan sebagai orang awam.”

Pada tahun lalu, pihak tentera telah mendatangkan sebuah garis panduan terhadap para komandan mereka mengenai kaedah dalam menangani isu-isu berkenaan kesihatan mental yang lengkap dengan penerangan serta tayangan slaid.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker