Tempatan

Tengku Hassanal Ucap Gong Xi Fa Cai, Rakyat Balas Terima Kasih Beri Bantuan

KUANTAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua bangsa Cina di Malaysia.

“Gong Xi Fa Cai To All My Chinese Friends and Family, May The Year Ahead Be Full Of Prosperity and Blessings,” titah baginda di dalam akaun Instagramnya.

Dalam pada semua pengikut laman sosial Tengku Hassanal mengucapkan kembali ucapan yang sama bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada 12 Februari 2021, komen daripada zulkeflee_razak menarik perhatian.

Zulkeflee mengucapkan junjung kasih kepada KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas pemberian bantuan baginda kepada penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Muadzam Shah, Pahang.

“We, from Muadzam Shah just received your “Bantuan PKPD”. TQSM Tuanku for the food aid. Moga Kerajaan Pahang bertambah maju jaya. Aamin Ya Allah.”

18 taman perumahan di Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang dikenakan PKPD bermula 9 Februari 2021 sehingga 22 Februari 2021 selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan peningkatan kes COVID-19 di Bandar Muadzam Shah.

Leave a Reply

Back to top button