Tempatan

Tengku Hassanal Komited Dengan Komitmen Pemuliharaan Alam Sekitar – John E Scanlon

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

UNITED KINGDOM, 06 November 2021 – “Berumur 26 tahun, dilahirkan dalam tahun perubahan iklim CoP1, DYMM sekarang sedang menuju ke CoP26 di Glasgow. Baginda mempunyai visi yang berinspirasi untuk negerinya dan EPI Foundation dan saya sangat teruja untuk sentiasa menyokong usaha hebatnya dalam pelbagai cara”, nukil John E. Scanlon, CEO Elephant Protection Initiative Foundation dalam akaun Instagramnya.

Beliau yang juga terlibat dalam aktiviti badan pemuliharaan hidupan liar antarabangsa ini menukilkan sedemikian selepas berpeluang bertemu KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dua hari yang lalu.

Pada masa yang sama beliau turut berjanji untuk sentiasa menyokong semua usaha hebat yang dilaksanakan oleh KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar dan hidupan liar di negeri Pahang.

“DYMM Tengku Hassanal juga seorang pemulihara muda yang sangat komited dan berpengetahuan serta petah berkata-kata.”

“Jika DYMM mewakili generasinya, dan saya harap Baginda memang mewakili, maka kita boleh mengharapkan masa depan yang cerah dan lebih mampan,” ujar John mengakhiri nukilan Instagramnya.

Semalam, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam satu kenyataan memaklumkan, Malaysia bersetuju menandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah pada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-26 (UNFCCC COP-26) di Scotland.

UNFCCC COP-26 sedang berlangsung di Glasgow, Scotland sejak 31 Oktober hingga 12 November ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: