Tempatan

Tengku Hassanal Berkenan Sampaikan Anugerah Khas Frontliner Kepada Unit HTAA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 20 Oktober 2021 – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan Anugerah Khas Frontliner kepada Unit Kawalan Infeksi, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Anugerah itu diserahkan kepada Pengarah HTAA, Dr. Rahimah Ibrahim, semalam dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1443 Hijrah bersamaan 2021 Masihi di Hotel Zenith.

Dr. Rahimah Ibrahim yang mewakili Unit Kawalan Infeksi HTAA membawa pulang wang bernilai RM5,000, plak, dan sijil penghargaan.

“Wang yang diterima ini akan digunakan untuk meraikan semua petugas Unit Kawalan Infeksi seramai sepuluh orang.”

“Kami akan gunakan wang ini untuk meraikan semua petugas di unit ini dan selain itu akan digunakan bagi perkara bermanfaat kepada unit ini dan hospital.”

Turut hadir dalam sambutan semalam adalah Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Ishak Haji Muhammad, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan barisan EXCO Kerajaan Negeri.

Tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini adalah “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: