Tempatan

Ceti Haram Baling Telur Ugut Mangsa Dicekup Polis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 10 April 2022 – Seramai 5 orang anggota ceti haram yang mengganggu mangsa mereka dengan membaling telur ke rumah mangsa telah ditahan polis pada Rabu (6 April) lalu.

Lapor Astro Awani, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menyatakan bahawa mangsa merupakan seorang pengarah sebuah syarikat swasta yang mempunyai masalah kewangan.

Tambahnya lagi, mangsa ‘ditipu’ sebuah iklan yang mendakwa sindiket terbabit menawarkan perkhidmatan pinjaman wang berlesen.

Jelasnya, pada asalnya mangsa hanya meminjam RM96,240 dan telah pun membayar sebanyak RM100,895. Namun, sindiket terbabit memaksa mangsa untuk membayar lagi dengan jumlah yang keterlaluan banyak.

“Mangsa seterusnya telah membuat pembayaran balik pinjaman berkenaan sebanyak RM100,895, tetapi telah didesak dengan pelbagai ugutan supaya membayar balik bayaran pokok sebanyak RM72,000 lagi,” jelasnya, seperti dilaporkan Astro Awani.

Tidak cukup dengan itu, mangsa diperdaya lagi untuk menandatangani sebuah perjanjian yang kononnya dapat menyelesaikan kemelutnya dengan sindiket ceti haram tersebut.

“Mangsa kemudian dihubungi oleh ahli sindiket yang memperkenal diri dari syarikat pinjaman wang berlesen dan membuat tawaran untuk melangsaikan bayaran tertunggak pinjaman yang dilakukannya sebelum ini,” jelasnya.

Perjanjian tersebut menetapkan bahawa jumlah RM72,000 yang diminta ceti tersebut akan dilangsaikan tetapi mangsa perlu membayar syarikat yang ‘menyelamatkannya’ itu sebanyak RM 120,000 pula.

5 orang lelaki tempatan telah dapat ditahan oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Berlesen, di mana jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda dari RM250,000 hingga ke RM1,000,000; serta penjara tidak melebihi 5 tahun; atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: