Tempatan

Tenaga Kerja Dipindahkan KKM, Hospital Selayang Dilaporkan Kekurangan Staff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELAYANG, 31 Julai 2023 – Hospital Selayang dijangka kehilangan 120 pegawai perubatan berikutan latihan pemindahan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 31 Julai ini.

Lapor sebuah laman web berita kesihatan, CodeBlue, ia meninggalkan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) yang sudah kekurangan kakitangan dengan hanya 35 peratus daripada kuota yang disyorkan untuk perkhidmatan tersebut sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan pesakit.

Menurut laporan itu, sepatutnya terdapat 40 pegawai perubatan di Jabatan O&G Hospital Selayang. Bagaimanapun, ia telah beroperasi dengan hanya 21 pegawai.

BACA JUGA: Pahang Tubuh Unit Peronda Hidupan Liar, Pantau Kegiatan Langgar Akta

BACA JUGA: Bekas Ahli Parlimen Mahu SKMM ‘Unblock’ Blog Beliau, Atau Ke Mahkamah

BACA JUGA: Hampir 1,000 Tentera Simpanan Zionis Israel ‘Tarik Diri’, Protes Kerajaan Netanyahu

Katanya, dengan latihan pemindahan KKM itu, bermakna tujuh daripada pegawai perubatan jabatan tersebut akan dipindahkan lalu meninggalkan hanya 14 pegawai untuk menguruskan perkhidmatan kritikal termasuk kompleks bilik bersalin, dewan bedah, wad ginekologi dan klinik.

Ini bermakna, kata laporan itu, ia adalah hampir tiga kali lebih rendah daripada jumlah pegawai yang disyorkan untuk jabatan itu.

Dalam pada itu, CodeBlue turut memetik kenyataan daripada seorang doktor senior di jabatan berkenaan yang mengatakan bahawa pengurangan selanjutnya akan membawa kepada “total disaster”.

Malahan katanya, dengan hanya 14 pegawai perubatan untuk menampung keseluruhan jabatan adalah sesuatu yang tidak logik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: