Tempatan

Temui Mayat Ke-26 Lepas Bomba Laungkan Azan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BATANG KALI, 22 Disember 2022 – Selepas azan dilaungkan sekitar pukul 11 pagi, pasukan SAR kemudiannya menjumpai mayat mangsa ke-26 di sektor B (Farmside), kata Mohd. Iqmal Kamaruddin, 29, yang bertugas di cawangan pendakwaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor kepada pemberita semalam.

Menurut Facebook JBPM Selangor, pihak mereka mengambil inisiatif untuk melaungkan azan di lokasi pencarian tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm sebagai alternatif memohon urusan pencarian dipermudahkan.

Alternatif melaungkan azan berkenaan merupakan hasil perbincangan Dengan Pegawai Kanan Dalam Pos Kawalan Hadapan (PKH) di mana mereka merasakan keperluan untuk melaungkan azan di lokasi.

Susulan keputusan, pihak JBPM telah melantik Mohd. Iqmal Kamaruddin untuk melaungkan azan di kawasan tragedi tanah runtuh yang setakat semalam telah meragut 26 nyawa.

“Kita tidak pernah lagi azan di lapangan dan mereka merasakan mungkin ini salah satu cara kerana kita tahu azan ini bukan panggil orang solat sahaja tetapi untuk cari orang hilang kalau sesat.”

“Jadi pegawai PKH kata kenapa tidak hari ini kita azan di lapangan, untuk mudahkan lagi urusan kita doa dulu kemudian azan,” katanya.

Setakat jam 11:50 pagi semalam, sejumlah 94 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku. 61 orang dalam keadaan selamat dan cedera. Manakala 26 orang meninggal dunia iaitu 5 kanak-kanak lelaki, 3 kanak-kanak perempuan, 13 wanita dewasa dan 5 lelaki dewasa (Lelaki).

Pencarian masih berjalan atas pencarian 7 mangsa yang tidak ditemui lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: