Tempatan

Jenazah Umat Islam Diperdagangkan, Staff Hospital Dipenjara Sehari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

SHAH ALAM, 23 Disember 2022 – Akibat terlibat dengan urusan ‘memperdagangkan’ jenazah umat Islam, tiga orang kakitangan Hospital Kajang dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda antara RM3,000 hingga RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen.

Berdasarkan laporan media, hakim Rozilah Salleh menjatuhi hukuman itu selepas ketiga-tiga mereka iaitu Mohd. Nizam Noordin, 40; Sharum Hassim, 42 dan Muhd. Azhar Nahar, 45, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan kepada mereka.

Namun, jika tertuduh yang merupakan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 dan U14 itu gagal membayar denda maka, mereka diperintahkan untuk menjalani tambahan penjara selama enam bulan.

Menurut pertuduhan yang dimaklumkan laporan sama, ketiga-tiga tertuduh bertugas di Unit Forensik, Hospital Kajang telah melakukan rasuah dan memperoleh suapan antara RM300 hingga RM600 melalui akaun bank masing-masing daripada seorang lelaki berusia 34 tahun.

Mohd. Nizam dan Muhd. Azhar melakukan perbuatan tersebut di dua buah cawangan bank berlainan di Kajang manakala Sharum Hassim di cawangan bank Sungai Petani, Kedah pada antara 21 Mei hingga 9 Disember 2020.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Setakat ini, ketiga-tiga mereka difahamkan telah digantung tugas sejak April lalu sehingga kini.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai lima kakitangan jabatan forensik berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM22,000 berhubung kes rasuah pengurusan jenazah umat Islam ini.

Petugas kesihatan tersebut dikatakan menerima habuan RM300 hingga RM400 bagi setiap jenazah mengikut jenis-jenis kematian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: