NGO

PEMBELA Akan Bentuk Think Tank & Gerakkan Roadshow Perkasa Syariah – Hj Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Alhamdulillah, semalam selesai sidang meja bulat khas bagi isu-isu perundangan Syariah di Malaysia bersama pakar-pakar perlembagaan, perundangan dan syariah termasuk mufti, majlis agama Islam negeri, professor-professor dan asatizah.

Sidang meja bulat kali ini adalah penting untuk kita sama-sama merangka sebuah ‘blueprint‘ perundangan Syariah di negara kita supaya benar-benar dapat dimartabatkan serta bersedia menghadapi pelbagai penghakisan seperti apa yang berlaku pada hari ini.

Dari sini juga, kita akan membentuk sebuah jawatankuasa pemikir khas (think tank) yang membolehkannya untuk berfungsi secara lebih mendasar dan lebih menyeluruh hasil dari gabungan mantap gerakan sivil (NGO) dan pakar-pakar.

Kita juga bersetuju akan membuat roadshow bagi menerangkan aspirasi blueprint tersebut kepada pihak-pihak pemegangtaruh dan rakyat di seluruh negara.

InsyaAllah, dalam masa terdekat ini, kita bakal menganjurkan sebuah konvensyen khas mengenai perundangan syariah yang membolehkan lebih ramai pihak mengambil bahagian serta menyumbang dalam usaha ini.

Alhamdulillah, perbincangan yang amat produktif dan baik. Saya juga dapat berkenalan dengan lebih ramai pakar untuk saya belajar dari mereka selain sama-sama berganding bahu dalam usaha murni ini. InsyaAllah.

Mohon sama-sama doakan usaha ini berjaya nanti.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
6 Mac 2022

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: