Tempatan

Tempoh Bekerja Mungkin Dikurangkan Mulai September Ini

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2022 – Tempoh bekerja dalam seminggu mungkin akan dikurangkan dari 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu, menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Haji Awang Bin Hashim dalam satu sesi Dewan Negara.

Menurutnya, perubahan ini timbul susulan usaha pindaan Akta Kerja 1955.

“Bila pindaan ini dibuat kita akan turunkan daripada 48 kepada 45 jam, dan kita berkurangan: Satu hari bekerja 9 jam, 4 kali 5, 45. Macam sekaranglah, kita practice ,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa pengurangan waktu bekerja ini selaras dengan konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Tambahnya lagi, usaha ini adalah bertujuan untuk meningkatkan produktiviti buruh dan menjaga kebajikan pekerja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: