Tempatan

Tempelak Menteri Kritik Filem ‘Pulau’, Women Aid Organisation Disanggah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Januari 2023 – Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria menyanggah kenyataan yang dibuat oleh pertubuhan Women Aid Organisation (WAO) tentang isu filem “Pulau” yang kini hangat diperkatakan.

Beliau yang juga Pakar Psikiatri berkata, kenyataan mengkritik filem yang mendedahkan wanita dan adegan bercumbuan sebagai ekstrem dan menjadikan negara mundur adalah wajar kerana pertubuhan tersebut berkiblatkan negara maju.

BACA JUGA: Macam Mana Filem Melayu Nak Maju Kalau Bangkang Sebab Bikini – Melayu Singapura

BACA JUGA: Saudi Had Penggunaan Pembesar Suara Luar Masjid

BACA JUGA: CPTPP: Perjanjian Pangkor 2.0 Bantut GLC Tempatan

“Memang patutlah, sebab kiblat mereka, negara maju seperti di barat,” ujar Dr Rozanizam yang juga menegaskan bahawa marathon bogel pun boleh jadi acara tahunan di negara ini sekiranya berkiblat negara-negara tersebut.

Beliau sekali gus menjelaskan bahawa itulah neraca kelompok ini yang begitu sensitif terutamanya dengan isu-isu sensitiviti agama seperti ini.

Tambah Dr Rozanizam, isu akan menjadi lebih sensitif kepada kelompok ini sekiranya ada pihak yang berusaha menegakkan prinsip beragama di dalam negara ini.

Trailer filem genre seram berjudul “Pulau”, baru-baru ini mencetuskan kontroversi sehingga mendapat bantahan dari pelbagai pihak supaya menyemak kembali kelulusan tayangannya.

Selain itu, tidak kurang juga ada pihak yang menyatakan sokongan dan mempertahankan filem tersebut, antaranya Tharma Pillai, pengasas bersama Undi18 yang berpendapat, “it’s just kissing + bikini, which we’ve all seen in international movies”.

Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha pula berpendapat, filem sensasi tersebut tidak wajar untuk dikaji semula kerana tidak wujud unsur lucah dan adegan panas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: