Telur Naik: Kementerian Keterjaminan Makanan Masih Relevan Lagi Kah? – Cikgu Izzat
HARGA TELUR AKHIRNYA NAIK DENGAN JAYANYA
1. Bayangkan, harga telur pada Gred A tahun lalu adalah sekitar RM12.50-RM13.50 sepapan. Menjelang selepas PRU15, bekalan telur ‘hilang’ secara tiba-tiba.
2. Selepas pembentukan kerajaan, bekalan telur terus merosot dan bercatu. Secara tiba-tiba, bekalan telur ‘organik’ yang berharga RM19-RM21 sepapan dijual dan banyak.
3. Gerakan dan usaha daripada Datuk Ameer Mydin ke India untuk mendapatkan bekalan telur, ibarulah bekalan telur dalam Malaysia kembali wujud tetapi kes telur busuk telah berleluasa pula.
4. Akhirnya, gred telur telah dimanipulasi dan harga telur kembali kepada RM12-RM13 sepapan pada Gred C dan kini telur Gred D.
5. Inilah kejayaan kartel Telur Ayam Malaysia yang telah berjaya dinaikkan harga tanpa sebab munasabah dan sejumlah lebih RM400 juta telah dilepaskan kepada syarikat kartel-kartel ini kononnya SUBSIDI.
6. Samada kerajaan lepas atau kerajaan sekarang, isu dan masalah bekalan telur termasuk kawalan harga masih GAGAL diatasi malah dipermainkan oleh syarikat-syarikat kartel yang majoritinya adalah kepunyaan bangsa Cina.
7. Bagaimana sebuah pentadbiran kerajaan tidak mampu menahan kenaikkan harga telur mahu bicara soal ekonomi negara? Ke mana cerdik pandai dan pakar ekonomi Malaysia? Di mana perginya teori ‘supply chain’ dan masih relevankan kewujudan kementerian menjaga keselamatan makanan negara?
Itu belum CIJ sentuh isu ikan patin lagi ya… 🥱
Bercakap benar,
Cikgu Izzat Johari
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan Amat Sejagat Malaysia
Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my