Tempatan

Telur Hilang: Mat Sabu Tengok Telur India?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 10 Januari 2023 – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong mempersoalkan tindakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu yang didakwa mengutamakan telur ayam import berbanding telur ayam tempatan.

BACA JUGA: Anwar Ibrahim Mengekalkan LGBTfobia di Malaysia – Thilaga Sulathireh

BACA JUGA: Pecah Kedai & Curi Motosikal, Suspek Warga Asing Ditahan

BACA JUGA: Gudang Jenama Terkenal Terbakar, RM100,000 Hadiah Kepada Individu Yang Menjumpai Pelaku

“Abang Mat, jauh jelajah?! Perlu ke India tengok telur ke?”

“Saya cadangkan datang ke kawasan saya Parlimen Ayer Hitam. Yong Peng ada lebih 100 ladang ayam dan di sinilah tempat paling popular menghasilkan telur untuk pasaran tempatan dan juga berjuta-juta telur dieksport ke Singapura setiap hari,” ujar beliau menerusi hantaran di Facebooknya.

Dalam hantaran tersebut, beliau turut menyeru Mat Sabu untuk mengubah harga kawalan selaras dengan harga telur import India iaitu RM0.50 sebiji agar penternak tempatan tidak menanggung kerugian.

Katanya, telur tempatan hanya dijual dengan harga RM0.41 sen sebiji disebabkan wujudnya kawalan harga.

Ia sekali gus menyebabkan penternak tempatan menanggung rugi berikutan kos mereka melebihi harga kawalan telur.

“Kalau rugi, penternak tak akan membela ayam untuk menghasilkan telur,” ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja, beliau turut mempersoalkan berhubung kesegaran telur ayam dari India yang diangkut melalui kapal dan perlu mengambil masa tiga hingga empat minggu untuk sampai ke Malaysia.

Berikutan itu, Wee Ka Siong mencadangkan agar Kerajaan mewujudkan “elaun telur secara top-up” kepada golongan B40 untuk menanggung beban kewangan sekiranya pihak Kerajaan bersungguh untuk membantu golongan ini.

“Abang Mat, telur India RM0.50 sebiji tau? Utamakanlah penternak tempatan. Tak payah import telur dari India jika bekalan mencukupi. Kan Kementerian Abang Mat turut menjaga keterjaminan makanan? Fikir-fikirkanlah Abang Mat.”

“Telur dan ayam adalah makanan asas rakyat tak kira kaum atau agama. Patut dijadikan keutamaan,” tegasnya.

Media sebelum ini melaporkan, Mohamad Sabu pada hujung minggu lalu telah berlepas ke Namakkal, Tamil Nadu, India bagi melihat sendiri proses pengeluaran telur ayam yang dieksport ke Malaysia serta memastikan telur yang diimport berada dalam keadaan bersih, selamat dan lebih murah dari telur tempatan.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: