Antarabangsa

Pelajar Dihalang Ambil Peperiksaan Kerana Bertudung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARNATAKA, 16 Mac 2022 – Pelajar Muslimah di Kolej Hebbur Bhadravati, India dilarang mengambil peperiksaan selepas mereka enggan menanggalkan tudung mereka.

Menerusi video yang dikongsikan oleh orang awam, para pelajar tersebut dilihat cuba berbincang dengan pihak yang dipercayai sebagai pihak polis untuk membenarkan mereka masuk ke kelas dan mengambil peperiksaan.

“Pelajar Kolej Hebbur Bhadravati tidak dibenarkan mengambil peperiksaan dalaman semalam. Ketidakadilan institusi terdedah melalui #HijabRow,” kata Mohammed Irshad, seorang wartawan.

Data yang dikumpulkan oleh Okkoota Muslim, sebuah gabungan pertubuhan yang mewakili masyarakat Islam di Udupi menunjukkan sekurang-kurangnya 230 pelajar dari daerah itu tertinggal kelas dan peperiksaan kerana penguatkuasaan larangan bertudung.

Daripada 230 pelajar Udupi yang tertinggal kelas atau peperiksaan, 160 pelajar sedang belajar di kolej prauniversiti dan selebihnya dari kolej ijazah.

61 orang daripada mereka akan menghadiri Peperiksaan Lembaga pada tahun kedua pengajian mereka, peperiksaan yang dianggap penting kerana ia membuka jalan untuk kemasukan ke kursus Sarjana Muda dalam bidang pilihan mereka.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Karnataka dalam isu pertikaian bertudung di institusi pendidikan yang akan diumumkan tidak lama lagi, Timbalan Komisioner Dakshina Kannada memerintahkan semua sekolah dan kolej untuk bercuti bermula 15 Mac 2022.

“Peperiksaan luar akan diadakan seperti yang ditetapkan tetapi peperiksaan dalaman untuk semua sekolah dan kolej akan ditangguhkan,” demikian pengumuman tersebut.

Mahkamah Tinggi India sebelum ini memerintahkan semua pelajar Muslimah untuk menanggalkan tudung mereka sekiranya mahu meneruskan pelajaran di institusi-institusi pendidikan di negara itu.

Arahan itu dikeluarkan susulan kejadian serangan pelampau Hindu terhadap gadis-gadis Muslim bertudung yang berlaku di sana.

Menurut mahkamah, pelajar Muslimah yang menghadiri kelas dilarang memakai tudung sehinggalah keputusan lengkap terhadap petisyen larangan bertudung bagi pelajar Muslimah dikeluarkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: