Tempatan

Bakal Haji Negara Digesa Segera Jawab Surat Tawaran Haji

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2023 – Seramai 31,600 bakal haji negara digesa untuk segera menjawab surat tawaran haji musim 1444H/2023M yang telah dikeluarkan pada Rabu, 23 Mac 2023 yang lalu.

“Pihak kami memohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk menjawab sama ada setuju atau tidak untuk menerima tawaran haji tahun ini dalam masa tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan,” ujar Pengarah Eksekutif Haji, Dato’ Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menerusi kenyataan media Lembaga Tabung Haji (TH) semalam.

Menurutnya, bakal jemaah haji boleh melayari laman web www.thijari.com.my dan memuat turun aplikasi ThiJARI untuk menyemak serta menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan.

BACA JUGA: LGBT & Kumpulan Liberal Yang Menyokong Mereka Harus Ditolak Muslim

BACA JUGA: Bazar Ramadan: Bawa Bekas Sendiri Dapat Kurangkan 20% Sampah

BACA JUGA: 8 Juta Rakyat Malaysia Hidap Penyakit Anxiety, Pesakit Wanita Terus Meningkat

Beliau turut memaklumkan bahawa semua jemaah terpilih perlu mencukupkan wang dalam akaun TH mengikut jumlah yang tertulis dalam surat tawaran sekali gus mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan TH terdekat bagi membuat pemeriksaan kesihatan.

Tambah Dato’ Sri Syed Saleh, jemaah boleh melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik-klinik Kerajaan dan swasta yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia, bahkan semua bakal haji wajib lulus pemeriksaan tersebut bagi memperolehi visa haji seperti yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

“Setelah selesai pemeriksaan kesihatan, semua bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran,” jelas beliau lagi.

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web TH www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: