Tempatan

Teksi Air, Inisiatif Terbaru Pulau Pinang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

GEORGETOWN, 12 Disember 2022 – Pulau Pinang bakal menawarkan perkhidmatan teksi air yang pertama dan lengkap bermula tahun 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, perkhidmatan tersebut bertujuan menyediakan satu mod pengangkutan awam baharu kepada orang awam dan secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan pulau.

“Perkhidmatan teksi air ini bakal dijadikan satu akses tambahan kepada orang awam untuk perjalanan jarak jauh di kawasan bandar, contohnya perjalanan transit kerja, urusan kerajaan, aktiviti harian, urusan peribadi dan sebagainya.”

“Projek ini masih baharu dan agak sukar untuk kita ramalkan, namun kita harap ada yang mahu melabur, sekiranya semua berjalan lancar, perkhidmatan teksi air ini dapat diperkenalkan pada 2024.”

Melalui Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang bernilai RM46 bilion, dermaga teksi air itu akan dibina di empat lokasi iaitu di Straits Quay, Terminal Swettenham Pier, Batu Maung dan Pulau Jerejak.

Justeru, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mempelawa syarikat berminat untuk menyertai tender terbuka secara Request For Proposal (RFP).

“Tarikh iklan untuk RFP ini adalah pada 12 Disember, penjelasan RFP daripada MBPP pada 19 Disember dan tarikh tutup penyertaan RFP pada 27 Februari.”

“Selepas itu, MBPP dan agensi berkaitan akan membuat penilaian, sekiranya lancar mungkin pertengahan tahun depan kita dapat tawarkan tender dan teruskan perancangan untuk merealisasikan teksi air ini.”

Tambahnya, syarikat yang ingin menyertai RFP itu hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) serta mempunyai modal berbayar (paid up capital) sekurang-kurangnya RM500,000.

“Syarikat itu juga perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web https://ep.penang.gov.my untuk membeli dokumen RFP ini.”

“Dokumen RFP hanya dijual secara online melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian,” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: