Tempatan

Teks Sahih Perlembagaan Dalam Bahasa Melayu Sewajibnya Dipinda Sejak 60 Tahun Lalu – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 16 November 2021- “Sepatutnya dan sewajibnya teks sahih Perlembagaan di dalam Bahasa Melayu ini telah lama dipinda iaitu semenjak 60 tahun yang lalu,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Peguam itu berkata demikian berkenaan isu yang membimbangkan para peguam Melayu berkenaan isu teks sahih Perlembagaan Persekutuan masih lagi di dalam Bahasa Inggeris.

Dalam perkara ini, beliau amat bersetuju dengan kenyataan dari Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar bahawa terjemahan naskhah sahih Bahasa Inggeris itu ke dalam Bahasa Kebangsaan tidak secara automatik menjadikan teks Bahasa Kebangsaan menjadi teks sahih.

Ia kerana terdapat peruntukan dalam Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan tatacara menjadikan teks sahih bagi Perlembagaan Persekutuan dalam Bahasa Kebangsaan.

“Memang sekarang ini kita ada draf terjemahan Perlembagaan Persekutuan yakni Perlembagaan Persekutuan dalam Bahasa Melayu. Yang di dalam Perlembagaan Persekutuan mengatakan sekiranya ada teks perlembagaan di dalam Bahasa Melayu maka teks itu mengatasi teks Bahasa Inggeris,” ujar Haniff Khatri.

Beliau menegaskan, kerajaan sepatutnya faham, Perlembagaan adalah undang-undang asas, undang-undang tertinggi negara.

“Bila kita pergi mahkamah kita nak berhujah di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan seperti mana yang kita nak martabatkan. Masalah yang kita hadapi adalah peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang terikat kepada mahkamah adalah dalam Bahasa Inggeris.”

Oleh kerana itu, beliau menyatakan, mana-mana kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan negara wajib menegakkan Perlembagaan dan mengadakan dengan serta-merta pembentangan menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan untuk disahihkan teks Perlembagaan Persekutuan ke dalam Bahasa Melayu.

“Kalau boleh, semalam sudah dihantar pindaan tersebut kepada Speaker dan Rang Undang-Undang Pindaan untuk diambil kira dan dibentangkan semasa sesi Parlimen yang masih berurusan sehingga Disember nanti,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: