Tempatan

Tazkirah Indonesia: “Patutlah Mereka Makin Maju Tinggalkan Kita” – Netizen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 April 2022 – Seorang pengguna Twitter memuji dan berkongsikan senarai tajuk tazkirah di Indonesia. Ujarnya, disebabkan itulah negara Indonesia semakin maju meninggalkan Malaysia.

“Tengok ni, tajuk tazkirah di Indonesia, patutlah mereka makin maju tinggalkan kita,” kata @La_Fareast.

Beliau turut menyertakan tangkap layar senarai tajuk tazkirah sepanjang Ramadan di Masjid Kampus, Universitas Gadjah Mada, Indonesia.

Antara tajuk-tajuk tazkirah yang disenaraikan adalah “Peranan Universiti Kerakyatan dalam Mengembangkan Tradisi Intelektual Umat”, “Titik Temu Nasionalis –Islam dan Nasionalis –Sekular dalam Kehidupan Berbangsa dan Bernegara”, “Perencanaan Pembangunan Nasional untuk Indonesia Berkemajuan” dan “Yogyakarta untuk Indonesia”.

Tinjauan di laman komen mendapati, rata-rata tidak bersetuju dengan pujian @La_Fareast itu dan menegaskan, tajuk-tajuk itu sememangnya sesuai dengan pelajar universiti, bukan dengan golongan luar dari universiti.

“Ini Masjid dekat Universitas bukan dekat Masjid kawasan perumahan atau Masjid kampung,” kata Mohd Shyaiful.

“Nama pun masjid kampus, memang tema-tema pun akademik & yang ilmuan yang datang bukan calang-calang. Jika begini ilmu-ilmu berat yang diterapkan kepada pelajar-pelajar memang insyaAllah terlahir mahasiswa/siswi yang hebat,” ciap mdshah hamshah pula.

@Khair_asmui juga dilihat senada dengan komen-komen lain dengan menyatakan, tajuk untuk pelajar universiti sememangnya begitu. Beliau kemudiannya memberi contoh tazkirah yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM).

“Ni Masjid Universiti kan, tak silap kalau masjid kat Kampus USM juga panggil pensyarah dan tajuk-tajuk bukan semata-mata bab agama tapi disemestinya agama diselit sekali kerana tak dapat dipisahkan agama bersama yang lain.”

Manakala Ibn Mohamad pula berkata, “1. Nabi pesan bercakaplah sesuai dengan akal pendengar. Jika tidak, lebih banyak fitnah daripada kebaikan yang akan timbul. 2. Utamakan yang utama yakni Fardhu Ain ke atas Fardhu Kifayah. 3. Hanya yang turun padang, akan lebih memahami suasana realiti.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: