Tempatan

Tawfik Ismail Pertikai Duit Peruntukan Jabatan Agama Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 01 November 2021 – “Jumlah itu terlalu banyak untuk mereka,” kritik Tawfik Ismail tentang peruntukan tambahan RM100 juta dalam RM1.5 bilion yang disediakan oleh kerajaan untuk pengurusan dan pembangunan Islam dalam Bajet 2022.

Mengulas lanjut peruntukan berkenaan, anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, jumlah itu tidak munasabah kerana tidak jelas ke mana semua wang itu dibelanjakan dan apakah impak yang diharapkan oleh kerajaan.

“Adakah wang itu hanya memberi manfaat kepada mereka di JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) atau adakah ia akan ditapis untuk manfaat seluruh negara?” soal beliau.

Tawfik turut mempersoal mengapa pihak berkuasa agama negeri memerlukan bajet yang besar, sedangkan ianya hanya berkaitan agama sahaja.

Apatah lagi pihak berkuasa agama tidak mempromosikan nilai Islam yang lebih positif secara berkesan, seperti belas kasihan, belas ihsan dan toleransi, dakwanya.

“Hakikatnya, kita melihat perkara sebaliknya, dalam keadaan lebih menindas dan menjejaskan perpaduan nasional,” katanya lagi.

Senada dengan Tawfik, Johan Ariffin Samad berkata, beliau masih tidak jelas tentang perkara yang dilakukan oleh pihak berkuasa agama untuk mempromosi keharmonian.

Tambah ahli G25 itu, perpecahan agama boleh dilihat dengan ketara pada masa kini disebabkan pihak berkuasa tidak melakukan tindakan secukupnya untuk memupuk sikap tolak ansur di negara ini atau memperbaiki hubungan antara agama.

“Banyak perkara berlaku di luar sana seperti ibu tunggal Muslim yang sengsara untuk mendapatkan bayaran nafkah, kesaksamaan jantina, sikap tidak bertolak ansur. Ini lebih penting berbanding pembangunan Islam, dan hanya sedikit perkara bermakna yang dilakukan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: