Tempatan

Tauliah Ajar Agama Di Masjid Ditarik Jika Pegang Jawatan Politik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Tauliah mengajar agama di masjid dan surau di sekitar Selangor bagi pemegang jawatan dalam parti politik akan ditarik balik bagi mengelakkan penyalahgunaan rumah-rumah Allah sebagai medan ceramah politik, menurut Exco Agama Islam, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Tindakan itu adalah berpandukan keputusan persidangan Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada penghujung Oktober lepas.

“Jawatankuasa Tauliah MAIS yang bersidang 29 Oktober 2021 bersetuju menarik balik pentauliahan mengajar agama Islam terhadap individu yang didapati terbukti aktif atau memegang jawatan dalam mana-mana parti politik.

“Jawatankuasa boleh menarik balik bagi memastikan pemegang tauliah bebas dan tidak memegang mana-mana jawatan dalam parti politik,” tegas beliau.

Selain itu, mereka yang disyaki menyebarkan kebencian antara kaum juga boleh dikenakan tindakan yang sama, iaitu tauliah mengajar agama mereka akan ditarik.

Penarikan tauliah ini adalah berpandukan kepada peraturan-peraturan tauliah Selangor 2008, yang menyatakan pihak jawatankuasa berhak untuk menarik balik tauliah mereka yang mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, atau bagi mengembangkan perasaan buruk sangka dan permusuhan antara kaum.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: