Antarabangsa

Taufan Al-Aqsa ‘Hadiah’ Rakyat Gaza Untuk Kebangkitan Ummah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TUNISIA, 26 November 2023 – “Taufan Al-Aqsa hari ini adalah hadiah penduduk Gaza kepada ummah. Ia adalah kuasa pembaharuan, dorongan, mobilisasi, kebangkitan dan slogan kepahlawanan,” tegas Speaker Dewan Rakyat Tunisia dan Ketua Gerakan Ennahda, Rached Ghannouchi.

Menerusi surat yang ditulis dalam penjara dan didedahkan oleh anaknya di X, Rached menegaskan bahawa Palestin adalah isu utama ummah, bersama dengan Masjidil Haram. Keduanya adalah pusat kedaulatan Islam dan ukuran kebanggaan serta kedaulatan ummah.

“Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa adalah jantung ummah yang berdegup kencang, dan kehadiran mana-mana entiti yang menceroboh kedalam hati adalah amaran bahaya, di mana ia menyeru agar berjaga-jaga untuk menghadapi bahaya yang wujud ini.”

Tempelak beliau, “Pembebasan Palestin bukanlah suatu beban kepada ummah, tetapi lebih kepada pembangkit. Semua pemimpin ummah kita bangkit menaikkan panji ini dari penakluk pertama seperti Khalid Al-Walid, Abu Ubaidah Al-Jarrah, dan Umar Al-Khattab, hingga ke Salahuddin Al-Ayubi.”

Justeru, tegasnya, pembebasan Palestin mesti kekal menjadi fokus utama.

Dalam pada itu, Rached turut menyifatkan Taufan Al-Aqsa seperti Banjir Nuh yang ‘menenggelamkan seluruh dunia dan membinanya semula menjadi manusiawi, pulih dari segala yang rosak’.

“Palestin adalah ayat dan surah dari Al-Quran, barangsiapa yang membawanya maka ia membawa Al-Quran, dan barangsiapa yang meninggalkannya maka ia telah meninggalkan Al-Quran,” tambah beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: