Tempatan

Sultan Pahang Tangguh Majlis Hari Keputeraan, Titah Peruntukan Disalur Ke Tabung Kerajaan – Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN: “Seri Paduka turut bertitah agar tiada persembahan ucapan sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 30 Julai ini untuk diterbitkan di mana-mana media cetak dan papan iklan,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Ini susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah untuk menangguhkan sebarang acara atau sambutan sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-62 pada 30 Julai 2021 ke tarikh yang akan diumumkan kelak.

Tambah Datuk Seri Dr Sallehuddin, Seri Paduka Baginda turut bertitah agar peruntukan bagi penerbitan persembahan ucapan tersebut sebaiknya disalurkan kepada tabung-tabung yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Namun, majlis kesyukuran dan doa selamat boleh dianjurkan secara maya, selaras suasana pandemik Covid-19 di negara dan negeri ini.

“Persembahan ucapan tersebut boleh dibuat secara dalam talian di laman web jabatan, syarikat atau mana-mana medium yang tidak melibatkan sebarang kos.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: