Tarik Subsidi Petrol, Penjawat Awam & Tentera Syria Naik Gaji 100%
SYRIA, 17 OGOS 2023 – Presiden Syria, Bashar Assad telah mengarahkan kenaikan gaji sebanyak 100 peratus terhadap para penjawat awam serta penerima pencen dan pada masa yang sama, subsidi petrol di negara tersebut telah ditarik kembali.
Menerusi dua perintah yang dikeluarkan pada Selasa lalu, Assad telah bertindak menggandakan gaji dan pencen bukan sahaja penjawat awam dan tentera, malah penerima pencen dan juga para pekerja kontrak.
Sebelum ini, gaji bulanan penjawat awam adalah di sekitar $10 ke $25 yang mana ianya bergantung kepada nilai jalanan pound Syria.
BACA JUGA: Isu Kos Sara Hidup: Kementerian Beri Tambang Bas Percuma Di 3 Negeri
BACA JUGA: Kerajaan Negeri Nafi Tuduhan Burukkan Usaha Pemutihan Sekolah Agama Persendirian
BACA JUGA: SOP Lombong REE Akan Diumumkan Segera – Sanusi
Arahan terbaru itu juga menyaksikan penetapan gaji minimum bagi sektor swasta iaitu pada 185,940 pound Syria, atau sekitar $13 pada pasaran gelap.
Menerusi sebuah lagi kenyataan pada Selasa lalu, kementerian perdagangan telah membuat pengumuman bahawa pihak kerajaan telah memutuskan untuk menarik balik sepenuhnya subsidi petrol dan penarik balik sebahagian daripada subsidi minyak bahan api.
Harga petrol telah meningkat daripada 3,000 pound sebelum penarikan subsidi kepada 8,000 pound manakala harga bahan api pula telah mengalami peningkatan dari 700 pound kepada 2,000 pound.
Matawang Syria telah kehilangan sebahagian besar dari nilainya sejak bermulanya perang di negara tersebut sewaktu matawang mereka berada pada nilai 47 berbanding dengan dolar Amerika Syarikat.