Tempatan

Tarik Semula Lesen Perniagaan Penjual Nombor Ekor – Menteri Besar Kedah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GUAR CHEMPEDAK, 08 Mac 2022 – Premis yang menjual nombor ekor di sebalik kedai runcit bakal dikenakan tindakan dengan ditarik lesen perniagaan mereka.

Amaran daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor itu dipanah kepada pemilik kedai runcit yang dikenalpasti menjalankan aktiviti perjudian.

Menurut beliau, tiada kompromi akan diberikan kepada ‘tokan toto’ itu malah mereka mungkin boleh terlepas buat kali pertama tetapi sekiranya tertangkap, kedai mereka akan diarahkan tutup.

Muhammad Sanusi turut menegaskan agar mereka yang menjalankan kegiatan haram itu agar berhenti sebelum tertangkap dalam satu kenyataan di Karnival Rakyat Parlimen Jerai Sabtu lalu.

“Kalau kedai tersebut kena tangkap pada jual nombor ekor, sekali dengan kedai kita arah tutup. Berhentilah sebelum ditangkap kalau tak mahu kedai ditutup,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ada juga premis judi yang menjalankan aktiviti perjudian dalam talian dan berselindung di sebalik kedai café siber dan perkara itu masih dalam penelitian.

Tegas Sanusi, pihak beliau mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk membanteras aktiviti perjudian di Kedah itu.

“Kita akan lawan habis-habisan, kalau tak mahu kedai kena tutup, hentikan segera aktiviti judi,” tegasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: