Tempatan

Tarik Balik Rayuan Kalimah Allah – Wakil Rakyat Sabah & Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa join Telegram, Instagram dan Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini

KUALA LUMPUR, 17 Mac 2021 – Sekumpulan wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada 50 wakil rakyat dan empat ahli Dewan Negara mahu kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam.

Alasan mereka adalah kerana keputusan Mahkamah Tinggi tempoh hari dapat menamatkan polemik dihadapi oleh masyarakat di Sabah, Sarawak serta Orang Asli yang sudah berlanjutan lebih 35 tahun.

“Kami menyeru kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menarik balik rayuan oleh kerajaan Persekutuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi itu supaya polemik yang berusia 35 tahun ini dan penderitaan yang ditanggung oleh begitu ramai orang Sabah, orang Sarawak dan Orang Asli, Insya-Allah, dapat tamat,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Dakwa mereka, keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak akan menyebabkan pendakwahan ke atas orang Islam dan kemurtadan Muslim. Justeru, ia hanyalah ketakutan tidak berasas yang cuba diapi-apikan oleh sesetengah orang Malaya.

Tambah mereka lagi, keputusan membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan Solat dapat memperbetulkan ketidakadilan yang dihadapi orang Sabah, orang Sarawak dan Orang Asli akibat kegelisahan, kejahilan dan keangkuhan sesetengah pihak.

“Keputusan Mahkamah Tinggi ini sekadar memperbetulkan satu ketidakadilan yang menyakiti hati orang Sabah, orang Sarawak dan Orang Asli akibat kegelisahan, kejahilan dan keangkuhan sesetengah (pihak).”

Bahkan, umat Islam di Sabah dan Sarawak menyokong dan tidak berasa terancam dengan saudara-mara atau teman Kristian mereka yang menyembah Allah, untuk semua agama wahyu yang berakarkan daripada ajaran Nabi Ibrahim.

Menurut kenyataan 50 wakil rakyat dan empat ahli Dewan Negara itu, kalimah Allah dan istilah keagamaan Islam dikongsi oleh kebanyakan orang Kristian Borneo dan Orang Asli, sama seperti yang berlaku di beberapa kawasan dan kaum di Indonesia.

“Di Sarawak, Bahasa Iban menggunakan ‘Allah Taala’, Bahasa Bidayuh menggunakan ‘Tuhan Alla’ sebagai kalimah untuk Yang Maha Esa manakala Lun Bawang, Lun Dayeh dan Kelabit menggunakan ‘Tuhan Allah’.”

Menyifatkan keputusan kabinet persekutuan pada tahun 1986 – yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai satu kekhilafan, mereka mendakwa bahawa keputusan pada waktu itu adalah disebabkan tekanan sesetengah orang Malaya yang rasa tidak selamat dan “jahil” akan keadaan di Sabah dan Sarawak.

Selain jahil, golongan tersebut juga angkuh dan menganggap bahawa orang Malaya boleh menentukan cara hidup di Sabah dan Sarawak.

Dua hari lalu, kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan penganut agama Kristian bagi tujuan pendidikan.

Perkara ini disahkan Peguam Cara Negara, Datuk Abdul Razak Musa di mana notis berkenaan difailkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

PEMBELA dalam memorandum sebelum ini menuntut enam perkara di mana salah satunya adalah menuntut KDN merayu keputusan kalimah Allah ke mahkamah yang lebih tinggi dengan kadar segera dan meminta penangguhan pelaksanaan keputusan hakim tersebut sehingga kes rayuan selesai.

Kenyataan Bersama Oleh:

Ahli Dewan Rakyat (Kawasan)

Wilfred Madius Tangau (P170 Tuaran)

Chan Foong Hin (P172 Kota Kinabalu)

Darell Leiking (P174 Penampang)

Noorita Sual (P181 Tenom)

Vivian Wong Shir Yee (P186 Sandakan)

Christina Liew (P190 Tawau; N20 Api-api)

Mordi Bimol (P192 Mas Gading)

Kelvin Yii Lee Wuen (P195 Bandar Kuching)

Chong Chieng Jen (P196 Stampin)

Willie Mongin (P198 Puncak Borneo)

Richard Riot Anak Jaem (P199 Serian)

Masir Kujat (P202 Sri Aman)

Wong Ling Biu (P208 Sarikei)

Larry Sng (P209 Julau)

Alice Lau Kiong Yieng (P211 Lanang)

Oscar Ling Chai Yew (P212 Sibu)

Baru Bian (P214 Selangau)

Anyi Ngau (P220 Baram)

Ahli Dewan Negara

Adrian Lasimbang

Alan Ling Sie Kiong

Donald Peter Mojuntin

Robert Lau Hui Yew

Adun Sabah (Kawasan)

Ewon Benedick (N11 Kadamaian)

Peto Galim (N18 Inanam)

Tan Lee Fatt (N19 Likas)

Phoong Jin Zhe (N21 Luyang)

Jannie Lasimbang (N25 Kepayan)

Peter Anthony (N42 Melalap)

Calvin Chong Ket Kiun (N55 Elopura)

Frankie Poon Ming Fung (N56 Tanjong Papat)

Justin Wong Yung Bin (N69 Sri Tanjong)

Adun Sarawak (Kawasan)

Ranum Mina (N1 Opar)

Harry Henry Jinep (N2 Tasik Biru)

Violet Yong Wui Wui (N10 Pending)

See Chee How (N11 Batu Lintang)

Miro Simuh (N18 Serumbu)

Martin Ben (N22 Kedup)

John Ilus (N23 Bukit Semuja)

Snowdan Lawan (N30 Balai Ringin)

Johnical Rayong (N33 Engkilili)

Gerald Rentap Jabu (N36 Layar)

Rolland Duat (N48 Meluan)

Alexander Vincent (N49 Ngemah)

Allan Gramong (N50 Machan)

Irene Mary Chang Oi Ling (N51 Bukit Asek)

Wong Soon Koh (N53 Bawang Assan)

David Wong Kee Woan (N54 Pelawan)

Christopher Gira (N59 Tamin)

Wilson Nyabong (N61 Pelagus)

Jefferson Jamit (N63 Bukit Goram)

Kennedy Chuk Pai (N66 Murum)

Chiew Chiu Sing (N68 Tanjung Batu)

Majang Renggi (N70 Samalaju)

Dennis Ngau (N77 Telang Usan)

Senarai parti terlibat:

1. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)

2. Parti Demokratik Progresif (PDP)

3. Parti Keadilan Rakyat (PKR)

4. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)

5. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

6. Parti Rakyat Sarawak (PRS)

7. Parti Sarawak Bersatu (PSB)

8. Parti Tindakan Demokratik (DAP)

9. Parti Warisan Sabah (Warisan)

10. Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

11. Bebas

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: