Tarif Baharu Elektrik Hijau Meningkat Ogos Ini
PUTRAJAYA, 16 Julai 2023 – Tarif Elektrik Hijau (GET) akan dinaikkan lebih enam kali ganda berkuat kuasa 1 Ogos ini, maklum Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Katanya, penetapan itu adalah berdasarkan kepada penanda aras harga runcit bekalan elektrik hijau di negara jiran yang menawarkan produk sama.
BACA JUGA: Kempen ‘Cina Sahaja’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lapor Portal
BACA JUGA: Jenayah Tetap Jenayah, Mahkamah Tinggi Telah Ambil Keputusan, Tolong Hormat – Dato’ Fakrunizam
BACA JUGA: Gelombang Haba Melampau Melanda AS, Eropah Dan China
“Kerajaan menetapkan tarif premium baharu bagi program Tarif Elektrik Hijau (GET) pada kadar 21.8 sen/kWj bermula 1 Ogos depan, naik berbanding 3.7 sen/kWj sebelum ini.”
Nik Nazmi bagaimanapun berkata, kadar tarif premium GET sedia ada iaitu 3.7 sen/kWj akan dikekalkan sehingga 31 Julai ini dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melakukan penyesuaian terhadap bil elektrik bagi pengguna yang terbabit.
“Mengambil kira bahawa ketetapan baharu ini akan melibatkan peningkatan kepada kadar tarif premium GET sedia ada, pengguna sedia ada akan diberi tempoh sehingga 31 Julai ini untuk mengesahkan semula langganan.”
“Pengguna yang tidak memberi sebarang pemakluman akan ditamatkan langganan secara automatik.”
Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata had kouta 30 peratus langganan GET sebelum ini dimansuhkan dan pelanggan boleh melanggan sehingga 100 peratus keperluan tenaga tetapi bergantung kepada jumlah kuota sebanyak 6,600 GWj.
“Hasil kutipan daripada pelaksanaan program GET ini akan digunakan untuk tujuan pembangunan dan peningkatan kapasiti baharu TBB dalam sistem pembekalan elektrik negara,” katanya.
Tarif Elektrik Hijau adalah satu inisiatif strategik Kerajaan dalam menawarkan bekalan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) bercirikan hijau dan mesra alam kepada pengguna yang berhasrat mengurangkan jejak karbon.