Tarian Ghairah Di Rumah Orang Tua Dikesali
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
TAIPEI, 13 September 2022 – Sebuah rumah orang tua di Taiwan dikecam hebat susulan tularnya sebuah video yang menunjukkan seorang penghibur dewasa berpakaian bikini menari ghairah di hadapan sekumpulan warga emas.
Persembahan itu diadakan sempena sambutan perayaan Pesta Pertengahan Musim Luruh.
Dalam video berdurasi 35 saat itu memperlihatkan penari itu menari secara tidak senonoh dan membuat pergerakan intim dengan orang-orang tua di situ.
Video ini telah menerima 8.5 ribu perkongsian dan 10 ribu komen di Facebook sejak dimuatnaik pada 9 September lepas.
Sebahagian netizen memandang remeh hal tersebut, namun ada juga yang tidak senang dengan persembahan itu dan melabelkannya sebagai ‘tidak sesuai’.
Untuk meredakan kritikan itu, pihak Rumah Veteran Taoyuan telah meminta maaf atas anjuran persembahan itu dan menyesali tindakan itu.