Tempatan

TAR Tahu Pakatan Tan Cheng Lock Dan Edward Gent Untuk Liberalkan Kerakyatan – Profesor Datuk Dr Shamrahayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 April 2022 – “Apabila kita menentang Malayan Unions 1946 itu, kerana sebenarnya Tunku Abdul Rahman telah membaca bahawa sebelum wujudnya Malayan Union itu sudah ada pakatan untuk meliberalkan kewarganegaraan.”

Demikian menurut Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab. Aziz yang menjadi panelis dalam Konvensyen Perundangan: Mengarusperdanakan Syariah anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas beliau, Tunku Abdul Rahman sudah mengetahui bahawa wujudnya pakatan untuk meliberalkan kewarganegaraan apabila berlakunya pertemuan di antara Pesuruhjaya Edward Gent dengan Tun Tan Cheng Lock.

Justeru, tentangan Tunku Abdul Rahman adalah setelah mengetahui mengenai pertemuan tersebut yang jelas membuktikan mereka mempunyai agenda untuk meliberalkan kewarganegaraan dan hasilnya dapat dilihat dalam penubuhan Malayan Union yang mendapat tentangan keras daripada orang Melayu sendiri.

“Pertemuan antara Pesuruhjaya Edward Gent itu dengan Tun Tan Cheng Lock. Maknanya mereka telah mempunyai satu pakatan untuk meliberalkan kewarganegaraan. Itulah hasilnya dalam Malayan Union,” jelas Profesor Dr Shamrahayu.

Profesor Dr Shamrahayu juga memaklumkan bahawa bukti-bukti yang beliau nyatakan itu ada di Perpustakaan Negeri Pahang beserta dokumen-dokumennya.

Tambah beliau, sejarah ini sangat menarik dengan melihat sejarah Islam itu sendiri, bagaimana kegemilangan Islam selepas Tanah Melayu berjaya bebas daripada cengkaman penjajahan yang telah memudarkan sinar Islam itu sendiri.

Dalam konvensyen tersebut, Profesor Dr Shamrahayu juga mengajak peserta- peserta konvensyen bermuhasabah, “Adakah kita bertanya pada diri kita benarkah sinar Islam itu sedang kita gilap? Selepas Malaysia sudah 65 tahun merdeka dan sepatutnya Islam terus berkembang dengan baik.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: