Tempatan

Tapak Warisan Dunia UNESCO Diceroboh Kerja Binaan Haram

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGE TOWN, 17 Mac 2023 – Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town, Pulau Pinang telah diceroboh oleh kerja-kerja pembinaan tanpa kebenaran.

Menurut Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), semakan tapak telah dijalankan di Bangunan Kastam, Gat Lebuh China pada Ahad lalu dan pihak mereka mendapati terdapat kerja-kerja tanpa kebenaran dilaksanakan dalam bangunan tersebut.

“Tanpa teragak-agak, MBPP telah mengeluarkan arahan memberhentikan kerja dengan serta-merta.”

Susulan itu, keesokan harinya pada 13 Mac 2023, pasukan Task Force MBPP melawat semula tapak berkenaan bagi memastikan kerja telah dihentikan.

Walau bagaimanapun, selepas mendapati kerja-kerja masih dijalankan di tapak tersebut, MBPP mengeluarkan notis di bawah Seksyen 79 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang menghendaki pemilik tanah/bangunan untuk menghentikan kerja dengan serta-merta.

BACA JUGA: Pejabat Agama Diseru Beri Tauliah, Tak Perlu Tunggu Permohonan

BACA JUGA: Dua Restoran Hotel Kotor Di Melaka Diarah Tutup

BACA JUGA: Pengeluar Dan Peladang Sawit & Getah Fail Petisyen Bantah Undang-Undang EU

Mengulas lanjut, MBPP memandang serius terhadap isu ini dan memberi amaran tegas kepada semua pemilik tanah/bangunan agar tidak menjalankan kerja sehingga mendapat kelulusan daripada pihak MBPP.

Tambah kenyataan itu, “MBPP sentiasa memantau dan mengambil tindakan termasuk tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik tanah/bangunan yang menjalankan sebarang kerja-kerja meroboh, membina, menaiktaraf atau menyelenggara tanpa kelulusan MBPP.”

Majlis itu bersama-sama George Town World Heritage Incorporated (GTWHI), Jabatan Pesuruhjaya Warisan Pulau Pinang dan Jawatankuasa Technical Review Panel (TRP) juga sentiasa bekerjasama untuk memelihara status warisan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: