Tempatan

Tapak SK Kinrara: Penduduk Mahu KPM Segerakan Pembinaan SK Dan SMK – BERTINDAK

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PUCHONG, 14 NOVEMBER 2021 – Penduduk di Bandar Kinrara memohon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk segera membina dua buah sekolah kebangsaan (SK) dan sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di tanah-tanah yang telah diwartakan dalam kawasan Bandar Kinrara.

“Hal ini kerana SK yang ada terlalu padat. Bayangkan satu darjah ada 12 kelas dan setiap kelas ada lebih 40 murid,” kata Haji Mohamad Haron Haji Mohamad Sidik. Pengerusi Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara, Puchong.

Ujar beliau, situasi ini amat berbahaya kepada murid-murid lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik COVID-19 sekarang.

Ujar beliau lagi, sistem penggiliran atau pecahan kelas kepada dua bahagian: A dan B juga menghadapi masalah kerana terlalu ramai murid ditempatkan dalam satu-satu kelas.

Oleh itu, pembinaan dua buah SK dan sebuah SMK dapat memberikan manfaat kepada lebih daripada 11,000 buah pintu rumah di BK4 sehingga BK9 dan juga dapat menampung murid-murid dari taman-taman sekitarnya, kata Haji Mohamad Haron yang juga Pengerusi Badan Bertindak Bandar Kinrara (BERTINDAK).

Leave a Reply

Back to top button