Tempatan

Tapak Masjid Tukar Kuil. Tanah Sudah Diwarta Sejak 2011 – JHEAINS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SEREMBAN, 22 September 2021 – Susulan isu tanah masjid bertukar menjadi kuil, Pengarah JHEAINS Datuk Zaidi Ramli berkata, tanah berkenaan yang berkeluasan kira-kira 0.6 hektar sudah diwartakan sebagai tapak Masjid Taman Indah Baru sejak 2011.

“JHEAINS memang ada cadangan untuk memajukan kawasan itu termasuk membina sebuah masjid tetapi disebabkan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkara itu belum dapat dimulakan,” ujarnya.

Tambah Zaidi, JHEAINS juga sudah mencadangkan kepada penduduk taman berkenaan supaya menubuhkan Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Indah Baru.

“Pembinaannya dirancang akan dibuat menggunakan dana wakaf dan sumbangan daripada pihak swasta.”

Ahli Dewan Undangan Negeri Repah, S Veerapan semalam dilaporkan berkata, pihak kuil telah bersetuju untuk mengalihkan pondok yang menurutnya tidak sengaja termasuk ke kawasan tanah milik JHEAINS.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: