Tempatan

Tanpa Jawatankuasa, Tanah Rizab Melayu Kedah Terus Meningkat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 29 Mei 2023 – Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menolak untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelamatkan Tanah Rizab Melayu di negeri itu.

Beliau berkata, tiada keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa itu di Kedah kerana Tanah Rizab Melayu Kedah sentiasa terjaga, bahkan meningkat pada setiap tahun.

BACA JUGA: 50% Ladang Ayam Diancam Muflis

BACA JUGA: Individu Perolokkan Allah, Pendakwah Gesa PDRM Ambil Tindakan

BACA JUGA: Sabah Diiktiraf Sebagai Tapak UNESCO Triple Crown, Ketiga Di Dunia

“Tanah Rizab Melayu di Kedah selamat tak ada jawatankuasa pun selamat, kalau negeri lain ada pengurangan, patut ia ditubuhkan. Kalau tubuh itu kritikal sangat, tapi kita tak kritikal, kita ada peningkatan sejak daripada 1933 diwartakan Tanah Rizab Melayu kita ada peningkatan sebanyak 408 hektar.”

Jelasnya, dasar Negeri telah mewajibkan Tanah Rizab Melayu yang dibuat pengambilan bagi projek pembangunan ekonomi, perumahan atau komersial hendaklah dilakukan pertukaran dengan kaedah penggantian tanah lima peratus lebih luas.

“Kita punya polisi kalau pertukaran, tanah ganti itu mesti lima peratus lebih luas daripada tanah yang dicabut keluar dari Tanah Rizab Melayu.”

“Polisi itu kekal dan tidak timbul Tanah Rizab Melayu berkurang sebab penggantian mesti lebih luas daripada tanah asal,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri ini kerana Tanah Rizab di Alor Setar pada Ahad.

Mengulas lanjut, Sanusi memberitahu berdasarkan warta dikeluarkan Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), keluasan asal tanah rizab Melayu di Kedah pada 1933 adalah 721,496.949 hektar.

Dari tahun 1933 hingga 19 Januari 2023, jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu yang dicabut keluar adalah 4,751.369 hektar dan diganti balik seluas 5,160.034 hektar, iaitu peningkatan sebanyak 408 hektar berbanding keluasan asal.

“Insya Allah Tanah Rizab Melayu di Kedah selamat. Tak ada jawatankuasa pun (tanah rizab Melayu) selamat, malah ada peningkatan lagi. Negeri lain yang ada pengurangan bolehlah tubuhkan jawatankuasa.”

“Apabila ditubuhkan jawatankuasa berkenaan, nampak seolah situasi kritikal sangat. Syukur Kedah tidak kritikal,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: