Antarabangsa

Tangki Asid Dipanah Kilat, 1 Mati, 9 Cedera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAIPUR, 19 Ogos 2022 – Seorang lelaki maut manakala sembilan yang lain cedera akibat letupan tangki asid yang berpunca daripada panahan kilat di Hindustan Zinc daerah Chittorgarh Rajasthan, lapor sebuah portal.

Sepuluh pekerja yang berada di tempat kejadian melecur akibat kebocoran asid selepas tangki di loji hidro Hindustan Zinc itu disambar petir, kata Superitendan Polis Tambahan, Kailash Singh Sandhu.

Katanya, seorang dari mereka meninggal dunia sewaktu mendapatkan rawatan di hospital daerah Chittorgarh manakala sembilan yang lain dirujuk ke Udaipur untuk rawatan.

Superitendan Polis Tambahan itu berkata, usaha sedang dijalankan bagi mengenal pasti mangsa yang meninggal dunia.

Leave a Reply

Back to top button