Tangkap Anak Ikan Belum Matang Punca Bekalan Terjejas
GEORGE TOWN, 29 Jun 2023 – Kekurangan bekalan ikan kembung di negeri ini didakwa berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab segelintir nelayan menangkap anak-anak ikan di perairan selatan Pulau Pinang.
Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang Selatan, Arshad Omar berkata, bekalan ikan kembung tidak mencukupi walaupun telah tiba musim tangkapan ikan kembung di perairan selatan.
BACA JUGA: Sewa Kedai Naik 700%, Peniaga Pasar Runsing
BACA JUGA: Hukum Pihak Tidak Sealiran Ideologi, Ancam Keselamatan Negara –JAKIM
BACA JUGA: Isu Sekolah Islam Persendirian: Kerajaan Negeri Akan Bawa Ke MMKN
“Anak-anak ikan kembung yang belum matang telah ditangkap bertan-tan sebelum ini oleh nelayan yang tidak bertanggungjawab.”
“Sepatutnya sekarang memang musim ikan kembung, namun anak-anak ikan tidak sempat matang kerana ditangkap dan akibatnya ketika ini menjadi punca bekalan ikan kembung kurang dan mahal di pasaran,” katanya.
Jelasnya, anak-anak ikan kembung yang belum matang tidak sepatutnya ditangkap kerana saiznya yang kecil dan tidak sesuai untuk dimakan.
“Nelayan yang menangkap ikan kecil ini akan menjual dengan harga RM2 sekilogram untuk dijadikan makanan ikan yang dibela di sangkar-sangkar ikan,’’ katanya.
Kesannya, harga ikan rakyat atau ikan kembung di negeri ini melonjak kepada RM14 sekilogram berbanding RM12 sekilogram sebelum ini.