Tempatan

Tangkap Al-Bukhari Kalau Malu Uthaya Petik Hadis – Farouk Peru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON,15 April 2022 – Mantan kolumnis Malay Mail Online, Farouk A. Peru mempertikaikan tindakan pihak berkuasa menahan sahabatnya, Uthaya Sankar berkenaan komen beliau di media sosial yang dikatakan mengandungi penghinaan terhadap Nabi Muhammad.

Penulisan Uthaya Sankar tersebut telah menimbulkan kekecohan gara-gara hantaran di laman Facebook yang dikatakan menghina Nabi Muhammad S.A.W. apabila menyentuh tentang aspek ranjang dan perkahwinan yang dikira sensitif.

BACA: Isu Hina Nabi: Uthaya, Sila Debat Dengan Dr Zakir Naik – Toqqi PPIM

BACA: Prof Lanat Penghina Nabi Mati Rentung Kemalangan

BACA: Lelaki Indonesia Dakwa Diri Nabi Ke-26 Dan Hina Islam

“Sahabat saya, Uthaya Sankar SB, sedang disoal siasat pasai komennya. Hairan, kerana dia hanya memetik HADIS (yang Muhammad ada kekuatan batin 30 lelaki!).”

Farouk A. Peru menggesa mereka menangkap ‘al Bukhari’ sebagai ganti sekiranya berasa sentap, malu dengan petikan ‘hadis’ oleh Uthaya Sankar.

“Ada Islamofasis yang termalu lalu tersentap ka? Kalau cam tu, pi tangkap al Bukhari la!”

Menurut Farouk, sahabatnya itu tidak bersalah dan hadis yang dipetik oleh sahabatnya yang berbangsa India itu perlu dibuang sahaja sekiranya ada pihak yang berasa pedih dengan komen tersebut.

“Apa salah Uthaya Sankar SB? Dia hanya petik hadis! Kalau pedih, remove ja hadis tu!” tegas beliau.

Hadis-hadis yang dibukukan oleh Imam al-Bukhari adalah semata-mata “dongengan kuno”, jawab beliau yang bersetuju dengan dakwaan Fariq Abdullah di laman Facebook, “Hadis bukhari mcm byk merepek”.

Farouk-Peru.jpeg?resize=623%2C190&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: