Antarabangsa

Ulama Indonesia Buat Laporan Jeneral Tentera Hina Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 05 Februari 2022 – Kepala Staf Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat Dudung Abdurachman berkemungkinan bakal menghadapi tuduhan menghina agama setelah beberapa orang ulama melaporkannya kepada Pusat Polis Tentera (Puspomad).

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Dudung Abdurachman dikatakan telah membuat kenyataan memperlekehkan agama dengan mengaitkan Tuhan dengan etnik manusia dalam temuramah beliau bersama selebriti terkenal, Deddy Corbuzier.

“Kalau saya berdoa setelah salat, doa saya simpel aja, ya Tuhan pakai bahasa Indonesia saja, karena Tuhan kita kan bukan orang Arab,” kata beliau dalam temuramah itu.

Kenyataan kontroversi pemimpin tertinggi tentera Indonesia itu dikatakan adalah bagi membela minoriti Kristian dari penindasan di Indonesia.

Tersinggung dengan kenyataan itu, badan bukan kerajaan Koalisi Ulama, Habaib, dan Pengacara Anti Penodaan Agama (KUHAP APA) bertindak membuat laporan kepada Pusat Polis Tentera (Puspomad).

Sebagai respon kepada laporan itu, Dudung Abdurachman menegaskan bahawa gerakan pelampau tidak perlu diberi peluang kerana ia adalah sangat berbahaya, “pembiaran gerakan intoleransi di Indonesia sangat berbahaya, karena sifat dari gerakan intoleransi adalah terorisme.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: