Tempatan

Tanah Sawah Jerlus Bakal Ancam Bekalan Makanan Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 16 September 2022 – Masalah tanah jerlus yang melanda pesawah di bahagian utara Semenanjung ketika ini dikhuatiri akan mengancam pengeluaran makanan negara, lapor sebuah portal berita tempatan.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail, masalah tanah jerlus yang berpunca daripada hujan lebat sejak kebelakangan ini turut mendatangkan kerugian kepada pesawah apabila padi mereka tidak dapat dituai dan diikuti pula dengan kerosakan struktur tanah.

“Ketika tinjauan saya di Kampung Kubang Siam, Kedah pada Selasa, 28.8 hektar daripada 115 hektar sawah di situ terjejas akibat tanah jerlus.”

Mengulas lanjut, tempat lain yang terjejas antaranya ialah Perlis dan Seberang Perai.

“Saya juga menerima maklumat dari pesawah di Bohor Karang, Perlis dan hampir 500 hektar tanah sawah yang terjejas di sana,” jelas beliau.

Beliau berkata, kejadian tanah jerlus itu mengakibatkan kos kerja sawah, harga baja dan racun mengalami peningkatan dan ditambah dengan kenaikan kos sara hidup serta pelbagai tekanan ekonomi ketika ini.

Susulan daripada itu, ia menyebabkan pendapatan pesawah yang terjejas mengalami pengurangan sehingga 30 peratus.

Justeru, Azman menyeru pihak Kerajaan Persekutuan untuk segera menangani isu berkenaan dengan menyediakan bantuan teknikal contohnya perparitan, penggunaan kapur, penggunaan jentera yang lebih ringan atau bantuan tunai dengan jumlah yang munasabah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: