Tempatan

Tanah Runtuh! Jalan Sungai Tiram – Ulu Tebrau Ditutup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA TINGGI, 25 Januari 2023 – Jalan Sungai Tiram – Ulu Tebrau (J08) yang menghubungkan Seelong dan Felda Ulu Tebrau menghala ke Kota Tinggi ditutup sementara kepada semua kenderaan susulan tanah runtuh.

“Pihak PDRM dan JPAM telah hadir awal untuk laksana pemantauan dan penyediaan TMP sementara.Hasil pemeriksaan pihak JKR, pergerakan tanah masih berlaku dan Jalan tersebut akan ditutup bermula dari persimpangan Jalan kulai-kota tinggi FT094 (ke felda ulu tebrau) sehingga ke Pusat Pelupusan Sampah (SWM) sementara pemeriksaan terperinci dilaksanakan,” maklum JKR Kulai dalam satu kenyataan di Facebook.

BACA JUGA: Beri Laluan Pelajar Sambut Tahun Baru, KPM Jawab Tuduhan Diskriminasi

BACA JUGA: PERHATIAN, Air Sungai Di 4 Negeri Kini Di Tahap Amaran Dengan Trend Menaik

BACA JUGA: AMARAN Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Johor

Tambah jabatan, tempoh penutupan jalan akan ditentukan selepas pemeriksaan lanjut.

“Pemasangan TMP, papan tanda lencongan telah dipasang sebagai hebahan dan pemasangan kanvas dilaksanakan bagi mengurangkan berlaku hakisan yang lebih besar di lokasi kejadian.”

Sehubungan itu, JKR Kulai memberi cadangan laluan alternative kepada semua pengguna kenderaan seperti berikut:

Felda Ulu-Tebrau – Jalan Seelong (J02) – Jalan Lapangan Terbang Senai (FT16) – Jalan Persekutuan Johor Bahru- Air Hitam (FT001) – Jalan Kulai – Kota Tinggi (FT94) – Kota Tinggi

“Sila rancang perjalanan dan lalui laluan alternatif bagi mengelakkan lokasi yang terjejas,” kata JKR Kulai lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: