Tempatan

Tanah Runtuh Batang Kali: Larangan Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan, Elak Ganggu Operasi – CAAM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BATANG KALI, 16 Disember 2022 – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menasihatkan orang awam untuk tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan agar tidak mengganggu aktiviti pemantauan dron daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Tegas CAAM, larangan tersebut juga adalah bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai serta pasukan penyelamat yang sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.

CAAM turut mengingatkan bahawa semua pengendalian aktiviti dron di negara ini adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, PEraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs).

Dalam pada itu, CAAM turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Genting – Batang Kali, Selangor hari ini dan menitipkan doa agar operasi mencari dan menyelamat mangsa dipermudahkan.

Dalam perkembangan semasa, kejadian tanah runtuh terbabit telah mengorbankan seramai 16 orang dan dikhabarkan daripada sebuah portal berita tempatan, tapak perkhemahan berkenaan telah beroperasi tanpa lesen.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: