Tempatan

Tanah Melayu Sepatutnya Jadi Negara Sekular – Haris Ibrahim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2022 – “Pertama ialah sejarah kita secara nyata membuktikan bahawa kita, orang Malaya, sepatutnya menjadi satu bangsa, semuanya sama rata. Pembentukan Malaysia tidak mengubah semua ini,” tegas aktivis, Haris Ibrahim.

“Mesej kedua, sekali lagi berdasarkan sejarah kita, ialah Tanah Melayu sepatutnya menjadi sebuah negara sekular. Sekali lagi, pembentukan Malaysia tidak mengubah semua ini.”

Bagi menyebarkan mesej-mesej ini yang menurutnya penting demi untuk menyelamatkan negara, Haris Ibrahim menyatakan bahawa dia akan kembali menjadi seorang peguam.

Menurut Haris seperti dalam Malaysiakini, berdasarkan kes-kes yang dikendalikannya sepanjang tempoh 10 tahun terakhir menjalankan tugas sebagai peguam, dia mendapat gambaran tentang apa yang dirinya rasakan sebagai “usaha mereka di pejabat tertinggi untuk menjejaskan sistem sekular” yang sepatutnya dilaksanakan di Malaysia.

Dia kemudiannya memberi contoh kes Loh Siew Hong yang dakwanya berdepan dengan cabaran dalam mendapatkan semula hak penjagaan anak-anaknya.

“Cabaran yang dihadapi oleh Loh dalam mendapatkan semula hak penjagaan anak-anaknya selepas penukaran agama mereka membuktikan bahawa percubaan atau usaha untuk “menggugat” sistem sekular dilakukan secara berterusan dan tanpa henti,” dakwanya.

Oleh itu, Haris menegaskan bahawa rakyat mesti bersatu menentang sebarang dan semua usaha ahli politik untuk memecahbelahkan rakyat.

Leave a Reply

Back to top button