NGO

Tanah Melayu Dan Malaysia Tidak Pernah Sekular – Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2022 – Tanah Melayu dan Malaysia tidak pernah sekular walaupun sebelum penjajahan Islam berada dalam pentadbiran arus perdana,” ujar Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar.

Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan aktivis, Haris Ibrahim yang mengatakan berdasarkan sejarah, Tanah Melayu sepatutnya menjadi sebuah negara sekular.

Menurut Zainul Rijal, selepas penjajahan, beberapa aspek pentadbiran ditadbir oleh penjajah tetapi elemen agama tidak pernah diketepikan dalam pentadbiran di mana raja menjadi ketua agama dan ketua negeri.

“Maka, secara kesimpulannya, ketua agama dan ketua negeri menzahirkan tiada pemisahan agama dalam pentadbiran,” katanya.

Menurut beliau lagi, Perlembagaan Persekutuan mempunyai pelbagai peruntukan yang menyentuh aspek kehidupan beragama.

Justeru, hal ini sekali gus menafikan Malaysia adalah negara sekular seperti dakwaan sesetengah pihak.

Bahkan Dato’ Zainul Rijal menegaskan bahawa perkataan sekular itu sendiri tidak muncul dalam Perlembagaan tetapi Islam disebut dengan jelas,” ujarnya.

Terdahulu, aktivis, Haris Ibrahim, dalam satu kenyataan media menyatakan beliau kini kembali menjadi seorang peguam, meskipun bertarung dengan kanser paru-paru tahap 4, kerana ingin membawa mesej bahawa Malaysia sepatutnya menjadi sebuah negara sekular.

Leave a Reply

Back to top button