Tempatan

Tanah Masjid Tukar Kuil. Hak Diusik – Timb. Pengerusi Surau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

TAMPIN, 23 September 2021 – “Saya percaya kalau orang lain pun dalam situasi kita akan buat perkara yang sama yang mana hak kita diusik pasti kita akan bangkit menuntut semula,” kata Timbalan Pengerusi Surau Taman Indah Baru, Shamsul Yahaya.

“Matlamat kita cuma nak pastikan tanah surau itu tidak diusik lagi dan haknya terjaga. Cadangan kita seterusnya supaya pihak JHEAINS main peranan buat langkah yang tepat dengan wajar serta pantas.”

Menurut Shamsul, isu tapak masjid ditukar kepada kuil Hindu ini juga kini dikira telah selesai.

Dalam masa sama, Naib Ketua UMNO Bahagian Tampin itu juga mencadangkan agar tanah itu dimanfaatkan sebaik-baiknya.

“Tak kiralah buat bangunan atau apa sahaja, dan semestinyalah kalau boleh dibuat masjid atau hendak tukar kepada status Pusat Komuniti Orang Islam atau Pusat Aktiviti Islam itu terpulang kepada pihak pentadbiran, janjinya tanah itu nampak digunakan.”

“Jadi tidak timbul lagi isu orang kata tanah itu kosong atau semak dan tak bertuan apabila sudah ada benda yang kita buat dekat situ orang tahulah tanah itu tanah yang ada tuan.”

Menurut Pengerusi Surau Taman Indah Baru Haji Razakek Abd Rahim pula, pembinaan masjid akan dilakukan di tapak tersebut namun ianya bergantung kepada peruntukan kewangan yang ada.

“Seperti yang dicadangkan kita akan mendirikan masjid di tapak tersebut supaya tidak timbul lagi soal yang serupa di masa hadapan, jika tanah tersebut terus dibiarkan kosong.”

“Insya Allah, jika tiada apa-apa lagi masalah dan peruntukan sudah cukup kita akan memulakan pembinaan secepat mungkin,” kata Haji Razakek.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: