Terkini

Tanah Malaysia Luas, Tapi Kekurangan Bekalan Makanan – Premier Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Julai 2022 – Premier Sarawak, Abang Johari Openg menyatakan kebingungannya apabila Malaysia yang mempunyai kawasan tanah yang luas ini mengalami ketidakcukupan bekalan makanan.

Katanya, peristiwa seperti ini tidak sepatutnya memberi kesan kepada Malaysia kerana Malaysia mempunyai sumber tanah yang luas bagi membangunkan aktiviti pertanian biarpun krisis yang berlaku ketika ini boleh dikaitkan dengan konflik geopolitik seperti Ukraine-Rusia.

“Apabila anda menjadi pengeluar makanan, anda tidak perlu lagi bergantung kepada bekalan makanan import. Dengan cara itu, kita tidak akan terkesan dengan kenaikan harga makanan yang disebabkan oleh konflik global,” katanya selepas merasmikan Sarawak Agroforest 2022 kelmarin.

Tambah beliau, sektor pertanian kini sudah boleh berkembang jauh dengan menggunakan teknologi terkini seperti Internet of Things (IoT).

Menurutnya, kaedah konvensional sudah tidak boleh digunakan lagi dalam sektor pertanian kerana ia tidak menarik orang ramai untuk menyertai sektor ini.

“Jika kita lihat negara lain seperti Thailand, China dan Taiwan, mereka menggunakan teknologi terkini. Kita juga perlu melakukan perkara yang sama,” ujarnya.

Baru baru ini, menerusi kenyataannya kepada pihak The Malaysia Insight, Sarawak bakal mewujudkan taman agro di pelbagai kawasan dalam wilayah Bintulu dan Kuching.

Beliau mengatakan bahawa Sarawak tidak mempunyai masalah berkenaan isu tanah dan taman agro ini diwujudkan khusus untuk mengubah sektor pertanian yang berorientasikan eksport dan tidak hanya digunakan untuk penggunaan tempatan.

Malah, kerajaan Sarawak turut mengehadkan penggunaan tanah untuk penanaman kelapa sawit bagi memberi fokus kepada usaha memperkasakan industri makanan.

Terdahulu, samudera.my pernah melaporkan bahawa inflasi makanan bakal melonjak berikutan keputusan pihak Kerajaan memansuhkan subsidi ayam, telur dan minyak masak botol sewaktu harga bekalan komoditi globak sedang genting ketika ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: