Tempatan

Tambang Naik, PM Beri Amaran Tarik Lesen Pengusaha Bas Sekolah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 15 Jun 2024 – “Bagi amaran, kalau kamu diberi subsidi minyak, kamu naikkan (kadar tambang) … kamu jaga. Kalau naik, kami tarik (balik) lesen.”

Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam program ‘Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Bersama Perdana Menteri’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Beliau memberi amaran kepada para pengusaha bas sekolah supaya tidak menaikkan kadar tambang perkhidmatan selepas menerima subsidi diesel daripada kerajaan.

Ujarnya, sekiranya kenaikan tambang berlaku sehingga membebankan pelajar, kerajaan tidak teragak-agak menarik balik lesen mereka.

Dalam pada itu, Anwar turut meminta pengusaha bas sekolah yang belum menerima subsidi diesel supaya mengambil fleet-card mereka.

“Kalau betul belum dapat, ambil fleet card, kita bayar,” katanya.

Sejak Isnin lalu, kerajaan telah menetapkan harga diesel pada kadar RM3.35 seliter di Semenanjung Malaysia menerusi pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api itu yang mampu menjimatkan RM4 bilion.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: