Terkini

Transgender Bukan Kesalahan, Jadi Salah Bila Jadi Pelacur – Pesuruhjaya SUHAKAM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 11 April 2021 – Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Hishamudin Yunus mendakwa, menjadi transgender bukanlah suatu kesalahan di bawah mana-mana Enakmen Jenayah Syariah Negeri dan “crossdressing” juga bukan lagi merupakan jenayah Syariah di semua negeri, kecuali Kedah, Kelantan, Perlis dan Sabah.

“Crossdressing” atau berpakaian seperti wanita hanya akan menjadi kesalahan apabila ia dilakukan untuk tujuan tidak bermoral seperti pelacuran.

Oleh itu, SUHAKAM mendesak kerajaan supaya menimbang semula keputusannya untuk mengenakan hukuman lebih berat ke atas kesalahan berkaitan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Bagi bekas hakim Mahkamah Rayuan itu lagi, diskriminasi atau melayani golongan itu sebagai penjenayah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Maka, pendekatan terbaik dalam menangani golongan LGBT adalah “membantu mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat arus perdana” dengan menghormati hak Perlembagaan mereka berhubung kesamarataan, privasi dan kehidupan yang bermaruah.

Dakwaan ini dikeluarkan Hishamudin Yunus bagi menyanggah usaha kerajaan yang tetap akan meneruskan cadangan meningkatkan had hukuman dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Koordinator Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek juga turut membantah usaha kerajaan ini.

Dakwanya, keputusan untuk mengenakan hukuman lebih berat adalah tidak wajar dan “hanyalah cara” bagi ahli politik memperoleh undi pada pilihan raya akan datang.

“Fokus khusus kepada masyarakat LGBT ini adalah kerana mereka kumpulan rentan dan tidak menimbulkan ancaman kepada masyarakat, melainkan pendirian moral peribadi individu tertentu.”

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberitahu, kerajaan akan tetap melakukan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Semakan 1988) (Akta 355) bagi membolehkan hukuman lebih berat dijatuhkan ke atas individu terbabit dengan LGBT kerana budaya ini bukan hanya menjadi satu kesalahan syarak dan undang-undang Islam, malah bertentangan dengan fitrah manusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: